Powered By Blogger

Jumaat, 18 Mac 2016

Pondok Cerita Sk Ng Mujong

Murid tengah leka mendengar guru bercerita menggunakan "puppet" @ boneka haiwan..

Ahad, 11 Disember 2011

Tarikh:8.8.2001
Bilangan Murid: 19 Orang
Hari: Isnin
Kelas : Tahun 4
Masa : 0850 -0950


Objektif: Membahagi ukuran masa dalam satu unit dengan nombor satu digit yang melibatkan penukaran unit.
Hasil Pembelajaran : Supaya pada akhir pelajaran,murid-murid dapat membahagi ukuran masa dengan nombor satu digit yang melibatkan penukaran unit.
Nilai Murni: Menghargai mas
Bahan Bantu Mengajar: carta masa, jadual sifir
Penyampaian/ Masa
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
(5 Minit
1. Guru soal murid secara tidak formal.
- Murid masih ingat bahagi?
-Guru menerangkan tajuk hari ini.

Set Induksi
(10 Minit )
1. Guru mengemukakan soalan dari mudah ke susah. Contohnya;
48 saat ÷ 2 = 
60 saat ÷ 3 =
2. Guru mengemukakan soalan dalam bentuk lazim.
3. Guru memberikan lebih banyak contoh.


LangkahPerkembangan
( 30 minit )
1. Murid dibahagi kepada 2 kumpulan.
2. Guru menerangkan bagaimana melakukan aktiviti dalam kumpulan.
3. Murid melakukan aktiviti dalam kumpulan. Murid bekerjasama dalam menjawab soalan
4. Guru membimbing murid dalam melakukan aktiviti berkenaan.
5. Guru memberitahu akan membuat kuiz.
6. Murid dari setiap kumpulan bergilir -gilir menjawab soalan.
7. Guru mengedar lembaran kerja.


 Pembahagian tanpa penukaran unit.




Pembahagian dengan penukaran unit.
-minit kepada saat
-jam kepada minit

Penutup
( 5 minit)
1. Sesi soal jawab dengan murid.
- Apakah yang kamu pelajari melalui topik ini?
-Nyatakan sikap yang kamu perlu ada dalam mempelajari sesuatu tentang masa?


Refleksi:
14 daripada 19 orang murid berjaya menguasai topik dan mencapai objektif. 5 daripada murid masih lambat dalam mempelajari topik ini kerana lemah dalam pembahagian dan penukaran unit. Latihan pemulihan diberikan kepada murid -murid ini.

Rabu, 7 Disember 2011

Sesi pengajaran dan pembelajaran Matematik Tahun 5

Rancangan Mengajar Harian Matemmatik


RANCANGAN PENGAJARAN MATEMTIK
KELAS: TAHUN 5A
TOPIK: WANG
TARIKH: 9.11.2011
BILANGAN MURID: 15 orang
Objektif: Menentukan nilai wang kertas hingga RM10 000. Menyatakan jumlah nilai wang dalam ringgit dan sen hingga RM10 000.
Hasil Pembelajaran : Supaya pada akhir pelajaran,murid-murid dapat menentukan dan menyatakan jumlah nilai wang dalam ringgit dan sen hingga RM10 000.
Nilai Murni: Berjimat cermat
Bahan Bantu Mengajar: Wang Contoh, senarai harga barangan
Penyampaian/ Masa
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Set Induksi
(5 Minit
1. Guru soal murid secara tidak formal.
- Murid-murid ada bawa wang ke sekolah?
- Kamu suka wangkah?

Langkah 1
(10 Minit )
1. Guru kembangkan dengan membawa murid-murid berfikir, guru soal beberapa soalan.
- Sekiranya kamu seorang jutawan, apakah yang akan kamu buat?
2. Guru bawa murid-murid mengenal wang contoh dengan menunjuk dan murid-murid menyebut nilainya ( kertas dan syiling)
RM1,RM5,RM10,RM50,RM100
1 sen, 5 sen,10 sen, 20 sen , 50 sen
3. Guru minta beberapa orang murid datang dan menulis nilai wang dalam bentuk angka dan perkataan.
4. Guru membuat pembetulan bagi murid yang melakukan kesilapan.





Wang contoh:
RM100,RM50, RM 10…
Langkah 2
( 10 minit )
1. Murid dibahagi kepada beberapa kumpulan.
2. Guru menerangkan bagaimana melakukan aktiviti dalam kumpulan.
3. Murid melakukan aktiviti dalam kumpulan
4. Guru membimbing murid dalam melakukan aktiviti berkenaan. ( Rujuk Lampiran)
5. Wakil dari setiap kumpulan datang ke hadapan dan menulis jawapan pada papan tulis.
6. Murid-murid membandingkan jawapan.
7. Guru menyoal murid beberapa soalan.


Penutup
( 5 minit)
1. Sesi soal jawab dengan murid.
- Apakah yang kamu belajar hari ini?
- Nyatakan sikap /nilai murni yang kamu pelajari hari ini?


REFLEKSI:
10 daripada 15 0rang murid dapat memahami objektif pelajaran . Kebanyakkan mereka menjawab soalan dengan betul dan menulis jawapan dengan baik.  Namun 5 orang agak lambat dalam  memahami topik ini terutamanya menulis wang dalam perkataan.  Ini kerana mereka masih lambat dalam mengeja perkataan. Latihan pemulihan diberikan kepada mereka  dan yang menguasai diberi latihan pengukuhan.